Sunday 23 October 2011

Keselesaan

Terpengaruh dari filem Crazy, Stupid, Love (2011)

Setiap insan inginkan keselesaan dalam kehidupan. Dan secara umumnya, apabila seseorang itu lahir di atas dunia maka mereka akan mengejar kehidupan yang selesa. Oleh itu kita melihat keselesaan itu sebagai suatu yang positif. Namun begitu, keselesaan juga dapat bertukar kepada negatif terutamanya apabila kita leka dibuai keselesaan.

Kentang pernah mendengar kata-kata “setiap keagungan itu datangnya daripada kesederhanaan”. Jadi untuk mendapat tahap yang tinggi dalam kehidupan hendaklah kita berpada-pada dalam keselesaan. Apa yang kentang maksudkan dalam berpada-pada dalam keselesaan ialah apabila kita selesa, janganlah kita terus hanyut dibuai keselesaan. Orang yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan, maka kitaran hidupnya menjadi seperti robot. Dia akan berada cuma dalam had kitaran yang ditentukan sahaja.

Orang-orang sebegini hanya akan menumpukan kehidupannya kepada kitaran yang lama. Hidup aku sudah selesa, apakah lagi yang mahu diubah? Hal ini menyebabkan terhasillah manusia-manusia yang terlupa tujuan asal penciptaanya. Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah untuk mentadbir bumi. Apakah bumi itu diciptakan sudah ada semua perkara yang diperlukan? Jika semuanya ada, apakah perlunya seorang pentadbir dan kenapa tidak kita jadikan sahaja dunia ini syurga?

Masalah tidak pernah tamat dalam kehidupan dunia. Setiap masalah yang diselesaikan sudah pasti akan digantikan dengan masalah lain. Kadangkala tidak sempat sesuatu masalah itu diselesaikan sudah pula timbul satu masalah yang lain. Katakan kita sudah berjaya hidup dengan selesa, adakah wajar kita terus hidup dalam kitaran keselesaan ataupun mencari jalan untuk membantu agar orang lain juga dapat hidup dalam keselesaan?

Mari kita lihat dari sudut berpasangan. Seorang lelaki yang berkawan dengan seorang perempuan berada dalam hubungan yang selesa, tetapi seorang lelaki yang couple dengan seorang perempuan berada dalam keadaan yang terlalu selesa.

Tidakkah anda ingat ketika anda masih berkawan dengan pasangan anda sekarang? Setiap hari pastinya menjadi hari yang bahagia, tidak sabar untuk anda tunggu keesokkan harinya untuk bertemu bukan? Tapi kenapa perkara it berlaku? Ya, kerana anda ingin menawan hatinya hari demi hari, anda ingin memberikan kejutan dan kalau boleh anda ingin membuatkan setiap harinya istimewa. Perkara ini bukan sahaja terhad pada anda ingin menggembirakan dirinya malah anda juga mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik untuknya bukan?

Kali ini mari kita renungkan hari ini atau hari selepas declaration, semuanya adalah kerana rutin. Setiap hari anda akan menghantar SMS atau menefon kerana rutin dan tidak lagi kerana ingin menghiburkannya, dan hari-hari anda tidak lagi seperti hari-hari yang lepas yang mana anda menunggu untuk keesokkan harinya. Semuanya berubah menjadi rutin dan yang paling mengecewakan ialah anda sudah berhenti untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik untuk dirinya.

Jadi, bersederhanalah dalam keselesaan

No comments:

Post a Comment