Tuesday 25 October 2011

Penciptaan Kelemahan

Terpengaruh daripada Horrible Bosses (2011)

Sesetengah manusia menganggap spesisnya adalah kewujudan yang paling agung. Perasaan itu hadir kerana mereka merasakan mereka mendominasi bumi. Dengan akal fikiran mereka, mereka mampu merebahkah haiwan terhebat dimuka bumi dengan mudah. Hakikatnya, mereka bukanlah hebat sangat. Bahkan kebanyakkan mereka mati ditangan hasil cipta mereka.

Manusia tiada yang sempurna. Setiap manusia tidak dinafikan unik, mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi bukan sahaja kelebihan yang mereka punyai, mereka juga mempunyai kelemahan tersendiri. Sebahagian mempunyai kelemahan fizikal, sebahagian mempunyai kelemahan pemikiran dan sebahagian mempunyai kelemahan emosi.

Kelemahan yang diberikan itu sebenarnya untuk kita improve diri kita. Walaupun kita cuba sedaya upaya memperbaiki segalanya, tetap ada kelemahan yang tidak dapat dibaiki. Kerana kita bukanlah sesuatu yang agung. Malangnya, ramai diantara kita bukan sahaja tidak mahu memperbaiki diri kita bahkan mencipta kelemahan yang merapuhkan diri masing-masing.

Situasi satu, akibat hangat dibuai perasaan cinta, Suzy memberikan clip video dewasanya kepada Kentang atas pujuk rayu Kentang. Setaip tindakkan yang kita lakukan hendaklah kita fikir akibatnya pada masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi. Mungkin Suzy menjumpai seseorang yang lebih baik dan berhasrat meninggalkan Kentang. Tapi dengan adanya video dewasa Suzy pada Kentang, mungkin Kentang boleh menggunakannya bagi tujuaan membalas dendam atau suka-suka.

Situasi dua, Kentang ingin menemani Timun yang ingin makan angin sambil melawat kekasihnya Jia di Korea. Kawan baik Jia ialah Jiyeon juga skandal Kentang suatu ketika dahulu. Sebelum bertolak ke Korea, Kentang memberitahu girlfriend Kentang, Suzy tentang plan Kentang dan Timun untuk bertemu Jia dan Jiyeon di sana. Akhirnya, Suzy tidak membenarkan Kentang pergi ke Korea walaupun tiket penerbangan sudah dibeli dengan cara membekukan akaun simpanan bersama. Oleh kerana kekurangan dana maka lawatan Kentang ke Korea terpaksa dibatalkan. Apa yang Kentang nak sampaikan, jangan kantoikan diri sendiri. Tidak bagitahu detail bukanlah menipu, apa salahnya kalau bagitahu kat Suzy nak teman Timun makan angin sahaja?

Situasi tiga, Kentang sedang belajar disalah satu IPTA awam dalam jurusan statistik dan mempunyai seorang girlfriend bernama Julia yang belajar ditempat yang sama. Julia mengambil jurusan Human Resource. Kentang bercita-cita untuk menceburi bidang politik negara bagi membela nasib orang Melayu, walaubagaimanapun Julia tidak membenarkan kerana bidang politik tidak menjamin kehidupan kerana jika parti haluan Kentang kalah maka Kentang tidak mempunyai sumber kewangan. Beliau menyuruh Kentang menjadi pekerja bank disyarikat Citibank setelah tamat belajar dan membahagiakan beliau. Akibat dari penangan cinta Kentang akur dengan kehendak Julia. Dalam situasi ini Kentang telah membelot kepada (1) orang Melayu, Kentang memikirkan diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi. (2) Kentang juga membelot kepada kekayaan yang Kentang bakal dapat jika parti politik haluan Kentang menang. (3) Kebanyakan ahli politik yang kaya berkahwin dengan perempuan dari luar negara dan ini menyebabkan Kentang membelot pada Suzy, Jiyeon, Jia, Min dan lain-lain kerana melepaskan peluang untuk berkahwin dengan mereka. (4) Dengan tidak berkahwin dengan mereka, Kentang juga telah membelot pada bakal anak Kentang kerana tidak memberikan mereka genetik yang baik. (5) Kentang boleh tulis banyak lagi tapi korang pun dah malas nak baca. Apa yang Kentang cuba sampaikan, janganlah kita memilih untuk limitkan diri kita malah kita sepatutnya kita harus menerokai segala potensi yang ada dalam diri kita. 

Melimitkan diri kita ialah mencipta kelemahan tetapi tidak beritahu detail bukanlah satu penipuan.

Horrible Bosses (2011)

"Agak mengecewakan" - kentang


Genre: Comedy, Crime
Rating kentang: 4/10

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat Nick, Dale dan Kurt yang menghadapi masalah dengan bos mereka.

Nick seorang pekerja yang berdedikasi disebuah syarikat swasta. Setelah bekerja 8 tahun dengan penuh dedikasi akhirnya terdapat kekosongan jawatan senior vice president. Dia merupakan pekerja yang paling layak untuk menduduki jawatan itu tetapi bos dia, president syarikat itu melantik dirinya sendiri menjadi senior vice president. Jadi bos dia memegang pangkat president dan senior vice president pada masa yang sama.

Dale pula bekerja sebagai pembantu doktor gigi. Bos Dale merupakan seorang perempuan gila seks. Dale sering mendapat gangguan seks daripada bosnya. Dale sudah bertunang dan bos Dale merancang untuk menghancurkan perhubungan Dale jika tidak memenuhi kemahuannya.

Kurt merupakan seorang akauntan disebuah syarikat swasta. Bos Kurt merupakan bos yang terbaik tetapi anak bosnya berperangai sangat teruk. Bos Kurt bercadang untuk melantik Kurt untuk menggantikannya suatu hari nanti tetapi belum sempat bos Kurt meninggalkan wasiat, dia telah terlibat dalam satu kemalangan maut. Anak bos Dale mewarisi syarikat itu, setelah mewarisi syarikat itu anak bosnya berleluasa dengan memecat pekerja, mengupah pelacur sebagai pekerja dan sebagainya.

Setakat apa yang kentang ceritakan memang menarik tetapi apabila sampai bahagian mereka bertiga merancang untuk membunuh bos masing-masing dengan mengupah seorang pembunuh disinilah kentang mula rasa dikecewakan. 

Plotnya, mereka upah pembunuh -> pembunuh tu tak nak membunuh cuma nak jadi consultant dalam rancangan membunuh -> mereka mengambil keputusan untuk bunuh bos kawan mereka supaya elak motif pembunuhan -> ceroboh masuk rumah bos -> bos Nick bunuh bos Kurt sebab henfon bos Kurt yang mereka curi tercicir dalam rumah bos Nick. Bos Nick ingat bos Kurt ada hubungan dengan isterinya -> Mereka cuba ugut bos Nick sebab nampak pembunuhan itu -> Bos Nick nak bunuh dorang -> bos Nick kena tangkap -> Dale rakam aksi bosnya menggoda dirinya dan digunakan bagi menghentikan gangguan seks dari bosnya.

Kalau cerita ini tak best dari awal maka takdela nak kecewa sangat tapi bila starting dah best tapi tiba-tiba berubah menjadi total Asshole memang kecewa lah kan.

Monday 24 October 2011

Kemenangan

Terpengaruh daripada filem Real Steel (2011)

Kemenangan itu memang suatu yang menggembirakan. Tidak kira dalam apa jua bidang, manusia sentiasa memburu kemenangan. Tetapi apa yang kita faham tentang kemenangan? Secara umumya kemenangan boleh ditafsirkan dapat mengalahkan pihak lawan dalam suatu persaingan. Walaubagaimanapun, kentang rasa definisi menang tidak wajar dihadkan begitu sahaja. Mari kita analisis beberapa situasi.

Situasi satu, untuk menjadikan aktiviti senaman lebih menarik, kentang mengajak pasangan kentang iaitu Suzy berlumba lari. 

Pilihan pertama, kami berlumba dengan penuh bersemangat dan meninggalkan suzy jauh di belakang. Kentang menang besar dalam perlumbaan

Pilihan kedua, kentang berlari dengan kelajuaan yang hampir sama dengan suzy. Pada akhir perlumbaan kentang boleh memberi kemenangan kepada suzy atau mengambil keputusan untuk menang tipis. 

Mari kita lihat objektif perlumbaan, objektifnya ialah untuk menentukan siapakah pemenang dalam acara lumba lari. Walaubagaimanapun, kita boleh melihatnya dari sudut yang berbeza, objektif aktiviti ini juga boleh ditakrif sebagai menjadikan aktiviti senaman lebih menarik.

Jika kentang memilih pilihan pertama, kentang menang tetapi aktivi menjadi kurang menarik. Jika kentang memilih pilihan kedua dan kalah, kentang kalah tetapi aktiviti menjadi menarik. Jika kentang memilih pilihan kedua dan menang, kentang menang dan aktiviti mungkin menjadi menarik. Apa yang tidak kita nampak ialah jika kentang bagi suzy menang, suzy akan gembira dan tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang lelaki selain menggembirakan hati pasangannya. Daripada penjelasan kentang mungkin anda sudah tahu pilihan yang kentang bakal pilih dan melihatnya sebagai win-win situation. Hakikatnya, tidak kiralah siapa pun menang, jika seseorang itu sudah tahu dia sudah memenangi perlumbaan itu, biarpun dia kalah, dia tetaplah pemenangnya.

Situasi dua, berlaku perdebatan antara kentang dan timun mengenai sesuatu perkara.

Pilihan pertama, kentang menggunakan fakta dan ilmu kentang dalam perdebatan. 

Pilihan kedua, kentang menggunakan fakta, ilmu dan teknik spin bagi mengelirukan pemahaman timun yang mana boleh meningkatkan potensi menang dalam debat itu.

Pilihan ketiga, kentang menggunakan fakta, ilmu, teknik spin dan teknik sarkasm yang boleh mempengaruhi emosi timun yang mana boleh meningkatkan lagi potensi menang dalam debat itu.

Pilian keempat, kentang menggunakan segala teknik yang ada yang mana menyebabkan kentang berada pada tahap auto-win.

Dalam perdebatan, objektif perdebatan ini boleh dikatakan untuk melihat siapa yang menang. Walaubagaimanapun kita boleh melihat proses perdebatan ini sebagai proses mencari kebenaran. Memang jika kentang menggunakan pilihan keempat kentang boleh menang dalam debat ini kerana fokus timun sudah hilang akibat daripada kecelaruaan pemikiran yang berpunca daripada teknik spin, ketidakstabilan emosi yang berpunca dari teknik sarkasm serta teknik auta yang mengelirukannya. Tetapi, jika hakikatnya kentang salah dan memenangi debat itu adakah kentang sebenarnya menang? Menang dan terus hidup dalam kepalsuan dikira menang? Dan kalah tetapi mengetahui kebenaran dikira kalah? 
Kesimpulan yang dapat kentang sampaikan, jika kita sudah tahu kita memenagi suatu perkara, tidaklah kita perlukan pengiktirafan dari orang lain untuk menjadi pemenang. Selain itu, kebenaran juga boleh menjadi definisi kemenangan,

Sunday 23 October 2011

Keselesaan

Terpengaruh dari filem Crazy, Stupid, Love (2011)

Setiap insan inginkan keselesaan dalam kehidupan. Dan secara umumnya, apabila seseorang itu lahir di atas dunia maka mereka akan mengejar kehidupan yang selesa. Oleh itu kita melihat keselesaan itu sebagai suatu yang positif. Namun begitu, keselesaan juga dapat bertukar kepada negatif terutamanya apabila kita leka dibuai keselesaan.

Kentang pernah mendengar kata-kata “setiap keagungan itu datangnya daripada kesederhanaan”. Jadi untuk mendapat tahap yang tinggi dalam kehidupan hendaklah kita berpada-pada dalam keselesaan. Apa yang kentang maksudkan dalam berpada-pada dalam keselesaan ialah apabila kita selesa, janganlah kita terus hanyut dibuai keselesaan. Orang yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan, maka kitaran hidupnya menjadi seperti robot. Dia akan berada cuma dalam had kitaran yang ditentukan sahaja.

Orang-orang sebegini hanya akan menumpukan kehidupannya kepada kitaran yang lama. Hidup aku sudah selesa, apakah lagi yang mahu diubah? Hal ini menyebabkan terhasillah manusia-manusia yang terlupa tujuan asal penciptaanya. Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah untuk mentadbir bumi. Apakah bumi itu diciptakan sudah ada semua perkara yang diperlukan? Jika semuanya ada, apakah perlunya seorang pentadbir dan kenapa tidak kita jadikan sahaja dunia ini syurga?

Masalah tidak pernah tamat dalam kehidupan dunia. Setiap masalah yang diselesaikan sudah pasti akan digantikan dengan masalah lain. Kadangkala tidak sempat sesuatu masalah itu diselesaikan sudah pula timbul satu masalah yang lain. Katakan kita sudah berjaya hidup dengan selesa, adakah wajar kita terus hidup dalam kitaran keselesaan ataupun mencari jalan untuk membantu agar orang lain juga dapat hidup dalam keselesaan?

Mari kita lihat dari sudut berpasangan. Seorang lelaki yang berkawan dengan seorang perempuan berada dalam hubungan yang selesa, tetapi seorang lelaki yang couple dengan seorang perempuan berada dalam keadaan yang terlalu selesa.

Tidakkah anda ingat ketika anda masih berkawan dengan pasangan anda sekarang? Setiap hari pastinya menjadi hari yang bahagia, tidak sabar untuk anda tunggu keesokkan harinya untuk bertemu bukan? Tapi kenapa perkara it berlaku? Ya, kerana anda ingin menawan hatinya hari demi hari, anda ingin memberikan kejutan dan kalau boleh anda ingin membuatkan setiap harinya istimewa. Perkara ini bukan sahaja terhad pada anda ingin menggembirakan dirinya malah anda juga mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik untuknya bukan?

Kali ini mari kita renungkan hari ini atau hari selepas declaration, semuanya adalah kerana rutin. Setiap hari anda akan menghantar SMS atau menefon kerana rutin dan tidak lagi kerana ingin menghiburkannya, dan hari-hari anda tidak lagi seperti hari-hari yang lepas yang mana anda menunggu untuk keesokkan harinya. Semuanya berubah menjadi rutin dan yang paling mengecewakan ialah anda sudah berhenti untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik untuk dirinya.

Jadi, bersederhanalah dalam keselesaan

Real Steel (2011)

"Selamba je kau menyetuh sanubari aku kan?" - Kentang

Real Steel (2011)



Genre: Action, Drama, Science Fiction
Rating Kentang: 9/10

Filem ini mengisahkan tentang Huge Jackman, juara bertahan tinju robot yang tewas dengan seorang pemain tinju robot yang baru yang memperkenalkan sistem auto-controller. Kekalahan ini menyebabkan revolusi dalam dunia tinju robot dan Huge Jackman tersekat dalam revolusi ini. Sejak peristiwa itu Huge Jackman menjadi petinju robot jalanan. Disebabkan truma dari peristiwa yang lepas, gaya pertarungan tinju robotnya merudum. Huge Jackman kalah dalam beberapa pertarungan dan menyebabkan hutangnya dari kekalahannya terlalu banyak.  Selain itu, robot pertarungannya juga sudah terlalu banyak menerima kerosakkan daripada kekalahan itu. Kerana tiada duit, Huge Jackman menggunakan barang-barang terpakai untuk membaiki robotnya. Dalam suatu perlawanan, robot Huge Jackman rosak teruk dan tidak mampu untuk berlawan.

Akibat daripada kerosakan robot itu Huge Jackman tidak lagi dapat bertarung dalam tinju robot tetapi dia tetap cuba membaiki robotnya dan terus mencari barang-barang spare part. Pertemuaan Huge Jackman dengan seorang budak kecil dan juga peminatnya mengubah segala-galanya. Peminatnya itu menceritakan betapa hebatnya zaman tinju robot Huge Jackman berbanding zaman sekarang. Kebetulan pula dalam mencari spare part mereka terjumpa satu robot buangan zaman Huge Jackman. Huge Jackman membaiki robot itu dan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya, Huge Jackman banyak memenangi perlawanan tinju robot jalanan dan mendapat perhatian ramai. Akhirnya, Huge Jackman mendapat tawaran untuk bertanding dalam liga tinju robot dunia. Setelah memenangi beberapa perlawanan, peminatnya (budak kecil itu) mencabar Juara pada masa itu iaitu orang yang mengalahkan Huge Jackman suatu ketika dahulu untuk pertarungan semula dalam satu persidangan. Hasil daripada cabaran itu, Huge Jackman mendapat peluang kedua dan kali ini dia memenangi pertarungan ini.

Macam mana? Bosan tak cerita diatas? Ya, memang sangat bosan kerana inilah yang kentang terfikir apabila melihat trailer Real Steel ini dan memang kentang taknak tengok wayang pon cerita ni. Tapi nak dijadikan cerita semalam kawan kentang datang dari jauh dan disebabkan kentang takde program untuk dia dan kebetulan dia nak sangat tengok cerita Real Steel ni maka kentang pon layankan aje.

Hasilnya......

Bila kentang tengok robot itu sedang bertarung. Bila robot Huge Jackman kena hit je kentang bermonolog dalam hati “Damn! Elakla, common’ you can do it”. Bila robot Huge Jackman dapat elak dan hit robot opponent kentang bermonolog “Oh yeah! Elak then hit, hit, hit. Hit lagi yeah come on”. Oh, damn fuck this feeling! Kentang telah cuba menghasut diri kentang supaya tak emosi lebih sebab bukan ada nyawa yang sedang dipertaruhkan ianya cuma spertarungan robot sahaja tetapi kentang gagal.

Untuk pengetahuan korang ape yang kentang bajet kat atas memang langsung tak kena. Plot cerita ini memang terbaek, bukan sahaja tak boleh bajet malahan menyentuh perasaan. Rasa macam nak nangis kekaguman je bila tengok movie tu tapi memandangkan tengok dengan kawan-kawan, memang berjaya la kentang mengawal emosi daripada menangis. Disebabkan cerita ni terlampau awesome, kentang tak nak spoil kan cerita kat korang. Harap korang faham. Maafkan kentang ye?

Friday 21 October 2011

Crazy, Stupid, Love (2011)

“Filem ini sangat awesome, Damn!”- Kentang

 Crazy, Stupid, Love (2011)


Genre: Romantic Comedy
Rating kentang: 8/10

Filem ni bermula apabila Emily minta cerai daripada suaminya, Cal selepas 25 tahun mereka berumahtangga. Emily minta cerai sebab mengalami krisis diri sendiri. Biasala pompuan selalu ade konflik diri sendiri, kadang-kadang nangis tak bersebab kan? Tapi yang peliknye kes konflik diri sendiri Emily ni, dia terlanjur dengan rakan sekerja dia, David Lindhagen lepas tu nak mintak cerai. Mungkin Emily ni betul-betul karut ataupun dia berpegang pada konsep lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Siapa tahu?



Yang menjadi mangsa dalam filem ni ialah suaminya, Cal. Cal ni dah la seorang innocent, jenis orang baik jadi bila isterinya minta cerai dia pun layankan aje dan tak marah-marah. Maybe dia respek keputusan isterinya. Dan disinilah bermulanya sebuah cerita bagaimana Cal handle situasi dia. Nak cerita pasal Cal ni pulak, dia kawin dengan isteri dia time umur dia 17 tahun dan bersama dengan isterinya selama 25 tahun yang seterusnya. Bukan tu je, malah pompuan yang pernah dia bersama sepanjang hayat dia cuma isteri dia sorang tu jela. Al-maklumla kawen muda dan setia.



Sekarang Cal dah single, jadi perjalanan baru bermula. Jadi bila kita nak memulakan perjalanan yang baru first skali kita cari sebanyak mungkin alternative yang ada. Sebabnya, kebanyakkan orang yang nak memulakan "fresh start" selalunya terikat dengan masa lampau yang mana menghadkan pemikiran kita. So, dalam situasi Cal ni kentang akan cuba senaraikan alternative yang Cal ada.

A) Cuba baik pulih hubungan dengan isterinya
B) Mulakan hidup baru dengan cari pasangan lain
C) Menjadi single dad yang berjaya. Huhu~
D) Buat A dan B serentak, tengok mane yang cam best sket then sebat
E) Bunuh diri. Lolz


*Ni senarai yang kentang boleh fikir, kalau korang ade idea lain boleh sumbangkan.


Jika Cal pilih A, macam loser la pulak, yela dahlah isteri mengaku curang. Agak-agak kalau ex-gf korang perangai camni korang nak balik tak?



Jika Cal pilih B, memang akan menghadapi masalah besar. Cal ni dahla first love dengan isteri dia, pastu setia, pastu 25 tahun bersama isteri dia. Jika nak dikaitkan dengan korang, kalau korang kapel dengan gf korang selama 4 tahun then break, agak-agak reti ke korang nak tackle pompuan? Hahaha.



Jika Cal pilih C, kentang rasa Cal bakal menghadapi konflik diri sendiri pulak. Yelah, orang dah biasa kawin ingat senang ke bila dah tak kawin. Susah woo. Hahaha. Jangan fikir bukan-bukan okey.



Jika Cal pilih D, kentang rasa perkara akan menjadi rumit sikit dan pilihan ni terus membuatkan Cal sudah berada dalam konflik diri sendiri. Sama macam isterinya tu.



Jika Cal pilih E, rasanya movie ni tak lamala, dalam 15 minit habis kot. Hahaha.



Jadi kentang rasa cukupla setakat ni kentang review, nanti cerita banyak-banyak buat spoil cerita pulak. Lagi pun cerita ni best, so sayang pulak nak cerita lebih-lebih. Cerita ni juga membuatkan kentang berada dalam konflik perasaan diri sendiri, kadang-kadang tak tahu kentang rasa sweet ke, lawak ke, sedih ke dan kadang-kadang kentang boleh rasakan semua perasaan ni dalam satu masa. Selain itu cerita ni memang penuh dengan surprise, korang takkan dapat bajet ape yang bakal berlaku dalam cerita ni if korang dapat bajet sila bagitahu kentang sebab kentang nak tabik spring kat korang. So, generally, filem ni memang awesome, damn!. Selamat menonton dan semoga terhibur.